Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Sendiri Melihat Kejadian Cubaan Ragut

$
0
0
Ini merupakan pengalaman sebenar MrJocko pada hari Ahad minggu lepas di Jalan Lang Emas, dari arah Segambut menghala ke Manjalara. Masa tu sekitar jam 5 petang dan kami dalam perjalanan untuk berbuka puasa di The Curve. Pengalaman melihat sendiri, hampir-hampir Kejadian Kes Ragut oleh Mat Motor ke atas sebuah kereta Toyota Avanza.

Masa kami berhenti di traffic light di Jalan Lang Emas dan persimpangan Jalan Lang Perut Putih, MrJocko perasan ada sebuah motosikal ditunggangi oleh 2 lelaki di percayai berbangsa Melayu, bergerak agak perlahan. melalui sebelah kanan MrJocko. Di sebelah kiri, hadapan sedikit seperti dalam gambar di bawah, ada sebuah Toyota Avanza di pandu seorang wanita.


Gambar Hiasan : Sumber Google


MrJocko melihat, pemandu motosikal itu pada mulanya perlahan dan tiba-tiba brek mengejut betul-betul di pintu sebelah penumpang hadapan kereta Toyota Avanza tersebut dan pembonceng motosikal tersebut bangun dan cuba mengagak untuk memecahkan cermin. Namun mereka dikejutkan oleh Hon kereta di belakang kereta Toyota Avanza dan terus cabut lari.

Rupanya, mereka dalam cubaan untuk memecahkan cermin kereta tersebut dan meragut apa yang sempat. Dan MrJocko perasan, dalam cubaan meragut tersebut ada perkara yang boleh kita berhati-hati seperti : 

1. Mereka bergerak dalam kumpulan 2 motosikal (3-4 orang) atau 3 motosikal (5-6 orang). 
2. Satu motosikal sahaja yang akan memecahkan cermin dan meragut, satu atau dua motosikal lain adalah sebagai back-up atau bertugas untuk alih perhatian orang ramai.

3. Plet motor berkenaan seperti dikopak naik ke atas dan sukar untuk kita melihat no plet tersebut.

Kejadian berlaku dengan pantas, MrJocko sendiri pun tak sempat berbuat apa-apa.

5. Boleh katakan semua, mereka ini selalunya memakai baju sweater, jaket dan bukannya memakai T-shirt seperti MatRempit biasa.

Itu sahaja yang dapat MrJocko kongsi tentang pengalaman sendiri melihat kejadian yang hampir menyebabkan sebuah kereta dipecahkan di persimpangan lampu isyarat.

p/s : jenayah semakin menjadi-jadi. Setakat ni dengar kata dan 3 orang Cikgu ditembak mati. Terbaru semalam, kes seorang Cikgu India di tembak mati, 9 das dalam keretanya Toyota Wish. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni???


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468