Phillip Island memang sebuah pulau yang cantik dan punyai pelbagai tarikan utama di sekitar Victoria Australia. Tambah lagi, MrJocko memang sukakan pantai, laut dan juga pulau kerana ia memang mendamaikan. Phillip Island ialah pulau yang wajib anda singgah kalau ke Melbourne.
MrJocko sempat sertai aktiviti 'Island Hopping' di sekitar persisir pantai dan laut di Phillip Island. Ada tempat di sepanjang pantai selatan Phillip Island, di antara Nobbies dan Penguin Parade, yang menjadi pesaing terdekat pemandangan indah seperti di Great Ocean Road Victoria. Untuk kali ini, pantai indah sekitar Phillip Island boleh diterokai dengan lebih dekat menggunakan khidmat EcoBoat Tours.
EcoBoat Tours Phillip Island ini adalah satu kerjasama antara Phillip Island Nature Parks dengan John Dickie, salah seorang pengendali bot pelancongan berpengalaman, warga tempatan di pulau ini, untuk menawarkan lawatan harian yang pasti akan mengujakan anda di Phillip Island.
EcoBoat Tours Phillip Island ini adalah satu kerjasama antara Phillip Island Nature Parks dengan John Dickie, salah seorang pengendali bot pelancongan berpengalaman, warga tempatan di pulau ini, untuk menawarkan lawatan harian yang pasti akan mengujakan anda di Phillip Island.
Perairan sekitar Phillip Island memang penuh dengan hidupan liar. Dari bulan Jun hingga September, ikan paus berhijrah sekitar ini bersama-sama dengan paus pembunuh yang lebih kecil atau 'ikan paus pembunuh'. Di sini juga anda berpeluang melihat Penguin kecil keluar memancing atau anda berpeluang melihat ke arah pantai untuk melihat burung pemangsa seperti helang terbang di sini. Tidak ketinggalan jika anda bernasib baik mungkin dapat melihat Anjing Laut berjemur di sekitar batu-batu sekitar Seal Rocks.
Dalam masa 20 minit berlepas dari Jeti Cowes, EcoBoat Tours Phillip Island akan tiba diluar pesisir untuk satu koloni anjing laut yang terbesar di Australia. Masa terbaik untuk melawat Anjing Laut ini ialah pada bulan Januari kerana anda akan berpeluang melihat kumpulan Anjing Laut berenang di sini.
Lawatan EcoBoat Tours ini akan beroperasi setiap hari dengan sehingga tiga perjalanan setiap hari. Dua lawatan yang ditawarkan:
EcoBoat Adventure : 90 minit dan termasuk Seal Rocks, Nobbies, Peninsular Summerland dan Cat Bay.
EcoBoat Express : 60 minit dan termasuk Seals Rocks, Nobbies dan Cat Bay.
Harga bermula dari AUD85 bagi setiap orang dewasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari penguins.org.au atau boleh terus ke pejabat EcoBoat Tours Wild Ocean di Jeti Cowes Phillip Island.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari penguins.org.au atau boleh terus ke pejabat EcoBoat Tours Wild Ocean di Jeti Cowes Phillip Island.
Pengalaman selama 90 minit menaiki EcoBoat Tours Phillip Island memang menakjubkan kerana sepanjang perjalanan begitu teruja dengan pemandangan Nobbes, Burung-burung serta bentuk muka bumi yang indah di sekitar Cape Woolamai.
Bagi yang nak tahu lebih apa yang MrJocko lalui semasa menyusuri Phillip Island di Victoria, anda boleh terus ke laman web Phillip Island atau Tourism Victoria Australia. Ada banyak lagi yang menarik di Phillip Island yang boleh anda terokai.
Emirates Airline menyediakan satu penerbangan setiap hari terus dari KLIA menuju Molbourne, Victoria, Australia.