Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Dream For My Child : MrJocko Impikan Yang Terbaik Untuk Anak-anak

$
0
0
Mungkin ramai pembaca blog MrJocko tahu, MrJocko mempunyai 3 orang anak perempuan yang comel-comel seperti Daddy nya. Dua orang, Khalish dan Hasya dah bersekolah, manakala si Baby Kayla baru berumur 10 bulan. Jauh lagi perjalanan mereka dan sudah pasti MrJocko sendiri ada 'Dream For My Child' seperti ibu bapa yang lain.

MrJocko secara peribadi menyokong usaha kempen AmMetLife "What's your dream for your child?". Kempen ini menyedarkan MrJocko supaya sentiasa bersedia dari awal untuk masa depan anak-anak dan juga zuriat kita supaya mereka tidak disisihkan.



Dream_For_My_Child_AmMetLife
Dream For My Child


Kalau ditanya apa MrJocko punya #DreamForMyChild atau impian untuk anak-anak, sudah tentu MrJocko mempunyai cita-cita untuk melihat anak-anak MrJocko menjadi seorang yang berguna.  Mungkin kalau boleh, lagi unik berbanding kanak-kanak lain. Untuk capai matlamat itu bukan senang, jadi persediaan awal perlu MrJocko sediakan. 

Apa yang penting buat masa kini adalah peluang pelajaran untuk anak-anak. Dengan peningkatan kos yang semakin mahal, ruang peluang yang semakin terhad, kita sebagai ibubapa sentiasa harus bersedia untuk memberikan peluang pelajaran terbaik untuk anak-anak. Mungkin kita tidak mampun untuk memberikan peluang pelajaran yang mahal dan mewah, tetapi dengan cara yang betul, anak-anak kita mungkin akan menjadi seorang pelajar terbaik satu hari nanti.

MrJocko sendiri, mengambil inisiatif menghantar anak-anak ke sekolah aliran Bahasa Cina supaya mereka mempelajari Bahasa Cina sebagai bahasa kedua dan juga bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga. Bukan mudah, tetapi, kena bersiap sedia dari awal. Ini semua kerana Dream For My Child.




Dream_For_My_Child_AmMetLife



MrJocko bukan dilahirkan dalam keluarga yang senang. Kami bukan orang kaya, sebab itu, kami cuba hidup serba sederhana tetapi masih boleh sekali sekala merasa kehidupan yang agak selesa dengan cara berhemat. 

Kalau boleh, jangan membazir, beli sahaja barang yang mampu dan jangan buang masa dengan barang-barang mahal yang tidak perlu. Hidup kena sentiasa beringat kerana kita bukannya akan sentiasa hidup senang di masa akan datang.






MrJocko sentiasa mahu melihat anak-anak sentiasa gembira. Sekali sekala, jangan kedekut untuk berkongsi masa riang bersama anak-anak dan keluarga. MrJocko juga impikan anak-anak MrJocko kenal dunia luar, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di luar negara. Alhamdulillah, kami ada rezeki melancong ke Singapura, Indonesia dan juga Vietnam. 

Impian MrJocko mahu melihat mereka lebih terbuka dan melihat dunia luar dari kaca mata sendiri, bukan dari cakap-cakap orang sahaja.



Dream For My Child




Untuk anak-anak, jangan terlalu berkira. Jangan terlalu kedekut. Jika kita kongsi rezeki lebih dengan mereka, InsyaAllah, kita akan dapat rezeki yang lebih di masa akan datang. Sekali sekala apa salahnya bawa mereka mencuba menu yang berbeza dan sesuatu yang baru. 

Makan di tempat yang tidak semestinya mahal, tetapi berbeza dengan yang biasa-biasa. Setidaknya, ia memberikan mereka semangat untuk mendapatkan yang terbaik di masa yang akan datang. Impian MrJocko ialah mahu memberitahu anak-anak MrJocko bahawa dunia ini masih luas, bukan hanya sekadar menu Nasi Lemak dan Teh Tarik sahaja.




Dream For My Child AmMetLife


Banyak lagi yang MrJocko nak kongsi tentang impian MrJocko untuk anak-anak. Tetapi rasanya, jika anda juga seorang ibu atau bapa, sudah pasti impian kita semua hampir sama.

APAKAH IMPIAN ANDA UNTUK ANAK ANDA? 
Jom kongsi dengan AmMetLife dalam peraduan 'Dream For My Child'. Beritahulah AmMetLife apakah impian anda untuk anak anda dan anda berpeluang memenangi sebuah daripada 10 iPad Air 2 yang dimuatkan dengan aplikasi pendidikan yang menarik!

AmMetLife membantu ibubapa merancang pendidikan anak-anak demi masa depan yang lebih cemerlang dan kempen ini bermula dari 27 Januari 2015 sehingga 3 April 2015.







Anda boleh lihat filem pendek yang menyentuh hati ini di YouTube atau laman web rasmi AmMetLife : Dream For My Child. MrJocko secara peribadi tersentuh dengan mesej yang disampaikan dalam videoKisah Ayah Saya : Impian Untuk Anak Saya oleh AmMetLife, betapa seorang ayah sanggup membuat apa sahaja demi mencapai cita-cita impian untuk kesenangan anaknya. 

Sebagaimana yang MrJocko rasa sekarang, itu lah yang sebenarnya apa yang ibu dan bapa MrJocko pernah korbankan demi menghantar MrJocko ke sekolah, membayar yuran pengajian dan sehinggalah MrJocko berada sekarang.

Bagi yang belum berkesempatan, boleh la menonton video tersebut dalam versi English atau Bahasa Melayu di sini : 

Bahasa: https://www.youtube.com/watch?v=RzgO1r-jH3s 



Kisah Ayah Saya : Impian Untuk Anak Saya


Saya dapat inspirasi sebenar untuk impian masa depan anak-anak saya selepas menonton video clip ini. Serius, ia satu penyuntik semangat untuk MrJocko berikan terbaik untuk anak-anak MrJocko. Mesej dari video Kisah Ayah Saya : Impian Untuk Anak Saya ini memberikan MrJocko berfikir tentang impian dan harapan untuk anak-anak #DreamForMyChild

InsyaAllah, MrJocko akan kongsi entry penuh impian MrJocko untuk anak-anak bagi menyokong kempen Dream For My Child dari AmMetLife ini.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468