Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Musim Bunga Sakura Cherry Blossom Di Jepun 2015

$
0
0
Mereka yang sukakan pemandangan indah bunga Sakura di Jepun sudah pasti tertanya-tanya bila waktu bunga Sakura di Jepun akan kembang. Ini kerana kebiasaannya bunga Sakura ini akan kembang hanya selama 2 minggu dan sukar di ramal kerana perubahan cuaca yang tidak menentu. Namun semalam MrJocko dapat info dari perkongsian Majalah LIBUR tentang jangkaan waktu bunga Sakura akan kembang di seluruh negara Jepun.




Jepun : Ramalan sakura mengembang sudah dikeluarkan!
Tokyo dan Nagoya: 
25hb Mac (mula mengembang)
2hb April (bunga mengembang penuh)

Osaka : 
27hb Mac (mula mengembang)
3hb April (bunga mengembang penuh)

Kyoto:
27hb Mac (mula mengembang
4hb April (bunga mengembang penuh)

Semasa MrJocko ke Tokyo pada Mei 2013, waktu itu memang langsung tidak kelihatan bunga Sakura. Semasa ke Osaka dan Fukuoka pada bulan Oktober 2014 juga memang tiada bunga. Yang ada cuma pokok Sakura yang kering dan tiada daun akibat perubahan cuaca.
Jadi kalau anda ingin melihat bunga Sakura atau Cherry Blossom yang indah dan cantik di Jepun, anda sudah boleh rancang perjalanan antara tarikh 27 Mac - 18 April 2015. Ini antara waktu sesuai untuk melihat bunga Sakura atau Cherry Blossom di Jepun.
p/s : Untuk info, anda juga berpeluang melihat jenis Cherry Blossom yang sama di Korea atau di Taiwan sebagai pilihan melancong alternatif untuk anda sekeluarga.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468