Sabah terkenal dengan banyak lokasi menarik dari puncak gunung sehingga dasar laut. Antaranya ialah kecantikkan pulau-pulau yang ada sekitar Sabah dan kawasan sekitarnya. Jika anda terbang dan mendarat di Kota Kinabalu, anda akan melihat sendiri pemandangan pulau-pulau sekitar Sabah yang indah dari atas pesawat.
Gambar ini MrJocko rakam ketika pesawat AirAsia sedang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kali ini MrJocko nernasib baik kerana duduk ditepi tingkap dan berpeluang menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah ini.
Pemandangan indah pulau dari atas |
Pemandangan indah pulau dari atas |
Dari pemerhatian MrJocko, pulau-pulau di atas adalah pulau di sekitar Tunku Abdul Rahman Park iaitu Pulau Sapi, Pulau Gaya dan juga Pulau Manukan.
Cantikkan pemandangan pulau ini dari atas pesawat AirAsia?
Terima kasih kepada Sabah Tourism dan AirAsia atas tajaan FAM Trip kali ini.