Kali ini ke Kota Kinabalu, MrJocko dibawa menginap di Grandis Hotels and Resorts bersebelahan dengan Suria Sabah. Grandis Hotel ini ialah hotel baru dan ia terletak di hujung kawasan Waterfront dan sangat strategik sebagai tempat penginapan pelancong kerana di sini antara tumpuan utama di Kota Kinabalu.
Bangunan hotel yang baru serta kedudukannya yang hanya sebelah Suria Sabah menjadikannya lokasi hotel pilihan ramai pengunjung.
Untuk bilik MrJocko, kami diberikan Deluxe Room dengan mempunyai tingkap dan view mengadap laut dan pemandangan Tunku Abdul Rahman Park. Memang ia menarik tambah lagi bila matahari terbenam dan juga waktu matahari terbit.
Hotel Grandis Suria Sabah ini mungkin patut ada dalam senarai hotel pilihan anda sebab ia memang terletak dilokasi yang menarik dan berdekatan dengan tarikan 'Gaya Street'.
Kalau nak shopping pun mudah, nak makan pun mudah, nak menaiki bot ke pulau pun mudah kerana bersebelahan sahaja dengan Jesselton Point Jetty.
Selamat Melancong ke Sabah bah,,,