Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Happy Bila Dapat Berkongsi Kisah Travel MrJocko

$
0
0
Banyak komen dan emel peribadi yang MrJocko terima hasil dari cerita blog www.mrjocko.com. Hari ini MrJocko menerima komen dari salah seorang bekas rakan sekerja di Bank Negara dulu iaitu Puan Jannah. Yes of course MrJocko ingat Jannah yang mula-mula kenal rapat masa sertai Treasure Hunt KL ke Cherating, Terengganu.

MrJocko berbesar hati sekiranya penulisan MrJocko di blog atau Majalah Libur boleh memberikan anda semua sedikit info atau gambaran tentang lokasi perlancongan yang ingin anda lawati.

Dengan sedikit info ini anda mungkin boleh jadikan panduan dan membuat perancangan terbaik untuk kembara anda samada dalam atau luar negara.

Seperti Jannah, harap beliau boleh kumpul maklumat dari sumber lain selain MrJocko. Apa yang MrJocko kongsi adalah info melalu pegalaman sendiri dan hanya sedikit sebagai panduan asas kembara anda.

Bagi peminat travel, boleh jenguk laman blog MrJocko untuk info mudah tentang melancong ke Indonesia, Thailand, Vietnam, Australia, Korea, Jepun, Taipei dan Singapura. Harap ia dapat membantu anda semua,,,


 

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468