Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Halal Food Hatyai Kai Tod Daycha Tomyam

$
0
0
Untuk mereka yang nak travel ke Hatyai, tak perlu risau tentang makanan halal di sana kerana di Hatyai memang ada banyak lokasi kedai makan dan restoran halal yang boleh anda jumpa di sekitar bandar Hatyai. 

Antara lokasi restoran Halal yang pernah MrJocko kongsi ialah di Hamid Restoran Halal Food Hatyai dan juga Kedai Kopi Di Kampung Pak Bara


Restoran Halal Di Hatyai


Satu lagi lokasi restoran halal yang boleh anda singgah ialah di Kai Tod Daycha yang terletak di tengah bandar Hatyai. Kalau nak ke sana, mungkin anda boleh sebut nama kedai atau sebut nama Jalan 'Cheeautid Road'. Kalau tanya driver teksi, sudah pasti mereka tahu di mana Cheeautid Road, Hatyai.

Sememangnya banyak menu masakan ala Thai yang sedap di sini dan jarang kita jumpa di Malaysia. Yang pasti, menu di restoran Kai Tod Daycha ini memang sangat sedap dan unik. 



Halal Food Hatyai

Halal Food Hatyai



Makan malam semasa kami di Hatyai, pada hari terakhir kembara kami, kami order Tomyam, Daging Cincang Goreng, Sotong Halia serta Ikan Goreng Special. Semua menu ini memang tak pernah MrJocko cuba di Malaysia dan ini kali pertama rasa menu yang enak ini. 



Restoran Halal Di Hatyai

Restoran Halal Di Hatyai

Restoran Halal Di Hatyai

Restoran Halal Di Hatyai


Restoran Kai Tod Daycha ini mempunyai dua bahagian, indoor dan outdoor. Anda boleh pilih samada untuk makan di dalam restoran atau makan di 'gazebo' di bahagian tepi restoran untuk suasana yang lebih santai.

Restoran Kai Tod Daycha ini ada buat servis penghangtaran sekitar bandar Hatyai. Jadi kalau nak order boleh cuba call no telefon yang diberikan ini 087-2895008 dan 081-0983751.

Untuk pengalaman makan di Kai Tod Daycha, terima kasih kepada Tourism Authority of Thailand


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468