Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Bila Tayar Kereta Pancit...

$
0
0

Sebenarnya sejak MrJocko memandu, jarang sekali motorsikal atau kereta yang di bawa mengalami masalah tayar pancit. Seingat MrJocko, motorsikal hanya 2 kali dan kereta dalam 4-5 kali sahaja. Alhamdulillah.

 

Semalam pun, tayar kereta MrJocko mula kempis sejak 2 hari lepas. Isi angin, pam spperti biasa ia kembali elok. Ingatkan angin kurang sebab kehilangan biasa. Rupanya bila nak pergi kerja awal pagi Isnin, lihat tayar depan sebelah kiri kembali kempis, tapi tidak terlalu pancit. Sah, tayar kereta ni bocor.

 

Tayar kereta pancit

Tayar kereta pancit

 

 

Dalam perjalanan ke workshop kereta, sempat hantar Hasya ke sekolah dan kemudian terus ke workshop di Jalan Kuching.

Bila di periksa, rupanya betul ada kebocoran tetapi terlalu kecil. Sebab itu angin dalam tayar kereta keluar sangat sedikit dan tidak ketara. Penyelesaiannya dengan menampal dikawasan yang bocor dan tak sampai 10 minit ia siap. Kos tampal tayar kereta pancit cuma RM5 sahaja.

Lepas ni, kena sentiasa beringat untuk periksa tayar supaya tidak terlepas pandang. Mana tau, kerosakkan kecil atau masalah kecil ini boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar.

Bila tayar kereta pancit, jangan panik. Boleh tukar kepada tayar simpanan kalau jauh dari bengkel.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468