Julung-julung kali sebenarnya MrJocko dijemput untuk bersama-sama ke majlis masak-memasak ni. Mungkin kerana ramai yang tak tahu, MrJocko memang sememangnya pandai memasak dan memang pernah ada kedai makan TomYam dan Western Food beberapa tahun dulu.
Jemputan dari Nuffnang dan MAGGI® Malaysia (Nestle) ini sememangnya satu penghargaan untuk MrJocko mengasah kembali skill dan teknik memasak yang pernah MrJocko praktikkan untuk event MAGGI® 2 Minute Noodles - Artiste Cook Off With MAGGI® Fans di MAGGI® Kitchen di bangunan Surian Tower Mutiara Damansara.
Kami sebagai rakan media dan MAGGI® Fans bertuah kerana ada 3 selebriti popular tanah air akan bersama-sama kami memasak menu segera yang paling popular di Malaysia iaitu MAGGI® mee. Kami berbesar hati kerana kami ditemani Lisa Surihani, Scha AlYahya dan Awal Ashaari dalam sessi memasak 'MAGGI® 2 Minute'
Sessi memasak kami pada hari itu dibimbing oleh Chef terkenal iaitu Chef Muluk dan dibantu oleh petugas-petugas serta crew MAGGI® Kitchen. Kami diberikan menu utama iaitu MAGGI® Kari dan disamping menu tambahan seperti ayam, udang dan ikan serta bahan-bahan lain sebagai bahan-bahan yang kami perlu pilih dalam masakan kami.
Memandangkan ini ialah satu pertandingan memasak, maka bahan-bahan yang diberikan semestinya yang segar, berkualiti dan sememangnya dipilih untuk menyedapkan lagi MAGGI® 2 Minute ini. Begitulah cara MAGGI®. Anda sebenarnya boleh memasak Maggi dengan mudah, cuma 2 minit dengan pelbagai cara dan citarasa anda. Kalau diikutkan, tak perlu bahan lain pun, cuma rendam MAGGI® dalam air panas selama 2 minit, letak perencah, terus boleh makan, ia memang enak...
Memandangkan hari tu, kami ditemani Lisa, Scha dan Awal, mereka turut sama bersama kami memotong bawang, potong ayam dan memasak bersama kami. Scha antara selebriti yang join Grup kami dan memang dialah yang bagi idea nak buat apa. Tengok la cara dia masak, macam seorang Chef. Menu kami pada hari tu MAGGI® 2 Minute dan Ayam.
Tengokla masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Paling sibuk si Scha, nampak semangat dia nak masak MAGGI® ni. Kami pun apa lagi, layan jer la. Bukan selalu ada chance nak main masak-masak dengan selebriti ni kan???
Hasil kerjasama semua, kami berjaya siapkan masakan kami dengan Menu MAGGI® Mee Nusantara kerana di dalam menu kami, ada pelbagai perencah dan bahan yang kami pasti ia akan memenuhi selera Nusantara, cewahhh.
MrJocko sedang menerangkan menu MAGGI® Mee Nusantara kepada Juri |
Setelah siap, menu kami dihidangkan dan dipersembahkan untuk tontonan ramai. Di sini masakan MAGGI® kami diadili sendiri oleh Chef Muluk dan selebriti. Dan akhirnya,,, selepas kami mempersembahkan masakan MAGGI® 2 Minute kami pemenangnya adalahhh....... "kami semua" kerana berjaya memasak MAGGI® 2 Minute dalam masa yang ditetapkan, Yeay!!!
Ini lah resipi rahsia kami, Maggi Mee Nusantara. Ayam goreng MAGGI® yang ada dalam hidangan kami menjadi favourite Scha dan Lisa. Mudah sahaja nak buat menu yang enak ni...
Bahan-bahan :
2 paket Maggi Kari
Ayam yang di potong
Bawang Besar
Bawang Putih
Daun Ketumbar
Daun Bawang
Telor
Black Pepper
Perahan Air Limau Purut
Maggi Cukup Rasa
Untuk hiasan :
Bawang Goreng
Taugeh Rebus
Daun Pudina
Cara memasak :
Tumis bawang besar dan bawang putih secukupnya. Guna api sederhana. Biarkan sehingga kekuningan kemudian masukkan sedikit daun limau purut, daun ketumbar dan air untuk merebus Maggi. Masukkan hirisan ayam dan bila ayam hampir masak, masukkan Maggi mee.
Dalam masa yang sama, pecahkan telor dan celop hirisan ayam ke dalam telor dan ke perencah Maggi. Ambil hirisan ayam tersebut goreng sehingga kekuningan. Dalam lebih kurang 2 minit, masakan Maggi Mee Nusantara anda sudah siap.
Jika anda mahukan lebih rasa, goreng telor dadar dengan lapisan nipis. Anda boleh potong secara halus dan letakkan di atas hidangan Maggi 2 Minutes anda sebagai hiasan bersama daun bawang, daun pudina dan taugeh. Cuba la yer. Yang pasti Scha dan Lisa memang suka Hirisan Ayam Goreng yang disalut telor dan perencah Maggi. :)
Lihatlah mereka, bro HazmanFadzil dan CikLilyPutih, memang tak sabar nak rasa hidangan MAGGI® pada hari tu. Terima kasih kepada pihak MAGGI Malaysia kerana menjemput kami dalam event Artiste Cook Off With MAGGI® Fans. Serius kami memang teruja dengan aktiviti dan juga menu-menu pilihan yang mudah dan cepat untuk memasak MAGGI® mee.
Nampaknya skill dan menu yang kami belajar di MAGGI® Kitchen pada hari tu akan MrJocko wariskan kepada anak sulung MrJocko iaitu Khalisha. Dia memang suka masak dan ada bakat memasak. Lepas ni boleh ajak Khalisha memasak MAGGI® Kari Ala Sarawak pulak.
Berminat dengan menu masakan MAGGI yang pelbagai? Boleh lihat di YouTube
dan banyak lagi...
p/s : Gambar CikLilyPutih.com dan MahaMahu.com