Bahang perlawanan bolasepak, Final Piala FA 2013 sudah semakin terasa. Sejak semalam, sudah banyak kenderaan dari Kelantan dan Johor sudah memasuki bandaraya Kuala Lumpur. Malam ini, Sabtu 29 Jun 2013, akan menyaksikan Kelantan FA akan menentang pasukan Johor Darul Takzim dalam perlawanan Akhir Piala FA 2013.
Pendapat MrJocko, malam ini semestinya sengit. Atas kertas, kelebihan berpihak pada JDT. Ramai star berada dalam pasukan JDT. Tetapi rasanya semangat lebih kepada Kelantan kerana mahu mengekalkan kejuaraan Piala FA tahun lepas.
Mengikut pandangan MrJocko, ramalan perlawanan Final Piala FA 2013 ini akan berpihak kepada Kelantan. Bukan pasal MrJocko orang Kelantan, tetapi, rasa semangat tu lebih. Selepas Kelantan menang mengatasi Pahang minggu lepas, mesti kesinambungan itu akan semakin baik. Lagipun minggu lepas, Kelantan bermain bukan dengan kesebelasan utama.
Pun begitu, tengok sahaja malam ni. Harap perlawanan akan berlangsung tanpa sebarang perkara yang tidak elok. Risau pulak tengok perlawanan yang sebelum ini dalam Liga Perdana dan Liga Malaysia banyak pergaduhan dan kejadian tidak diingini berlaku.
Steady kepada kawan-kawan yang sudah bersedia untuk ke stadium. Enjoy game, MrJocko layan bola kat rumah jer. Gomo Kelate Gomo. Ramalam MrJocko untuk perlawanan Final FA antara Kelantan vs Johor Darul Takzim malam ni ialah Kelantan 2 - 1 Johor Darul Takzim. Satu gol Indra dan satu gol dari Piya untuk Kelantan. Untuk Johor Darul Takzim, satu gol dari Azuan Roya.