Semalam MrJocko menerima jemputan rasmi dari pihak AirAsia Blogger's Community untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogger yang bersama-sama dalam mempromosikan promosi, produk serta event berkaitan AirAsia.
Komuniti Blogger AirAsia ini memang sudah lama ditubuhkan sebagai satu inisiatif AirAsia dalam menyalurkan informasi tentang promosi, produk serta event anjuran AirAsia.
Mungkin ramai blogger yang tidak mengetahuinya kerana ada rakan-rakan yang dapat peluang untuk sertai AirAsia Blogger's Community tidak berkongsi maklumat dengan rakan blogger lain, mungkin.
Jika anda rasakan blog anda berkualiti dan punyai ciri-ciri blog yang bagus, apa kata cuba hubungi wakil AirAsia Blogger's Community untuk sertai program ini. Anda akan dihubungi oleh wakil AirAsia Blogger's Community jika blog anda memiliki requirement yang diperlukan.
Selamat mencuba.