Terus terang MrJocko berpuas hati sangat-sangat selepas 2 tahun MrJocko mengambil keputusan berhenti dari perlumbaan 'rat race' dan berkerja sendiri uruskan Agensi Perunding Kewangan. Walaupun kerja tidak sehebat dulu dan tidak sepopular dulu, rezeki masih mencurah-curah hasil dari pengurusan kewangan dan penulisan.
Paling best, bila masa untuk anak-anak dan keluarga kini lebih banyak berbanding dengan dulu, masa kerja makan gaji. Kini hampir 16 jam sehari waktu MrJocko bersama keluarga berbanding dulu hanya 10-12 jam sahaja. Bila-bila masa boleh cuti dan bersama anak-anak tanpa perlu fikirkan cuti lulus atau tidak.
Apa yang penting untuk ibubapa, sudah pasti kegembiraan anak-anak. Bila anak-anak gembira, kita sebagai ibubapa turut tumpang gembira.
Masa yang berkualiti bersama anak-anak tidak boleh di beli dengan wang ringgit. Waktu mereka membesar, waktu penting ibubapa bersama anak-anak.
Mungkin bukan semua ibubapa punya peluang luangkan masa yang lebih bersama anak-anak. Sebab itu, cari lah masa yang terbaik untuk kita dan anak-anak. Jangan biarkan memori anak-anak kita KOSONG bila bersama kita.
Kerja itu penting, tetapi kerja tidak akan setia kepada kita. Keluarga yang akan berada disisi kita apabila kita susah kemudian hari. Kalau kita tiada masa untuk keluarga, siapa yang akan ada masa untuk kita?