Kalau sebelum ini MrJocko kongsi tentang kejernihan air laut dan hidupan laut yang ada di sekitar Pulau Tioman, kali ini MrJocko nak kongsi tentang betapa cantiknya pemandangan dalam laut 'Underwater' jika anda suka snorkeling atau diving di Pulau Tioman.
Di Pulau Tioman banyak lokasi yang menarik untuk anda snorkeling atau menyelam. Anda boleh mencuba satu persatu dan sudah pasti setiap lokasi ada kelainan dan keunikkan masing-masing.
Ini ialah pemandangan biasa yang anda boleh lihat dari permukaan air laut kalau anda ke Pulau Tioman. Banyak lokasi air laut yang masih jernih dan memang kami teruja untuk menyelam. Kalau anda suka snorkeling, mesti tak sabar nak terjun ke laut.
Yang ini pula, gambar-gambar yang kami sempat rakamkan menggunakan kamera kalis air biasa. Walaupun tidak berapa 'sharp' tetapi anda boleh gambarkan bahawa hidupan laut dibawah air ini sememangnya cantik.
Sudah pasti kalau ada peluang MrJocko akan ke Pulau Tioman untuk menikmati pemandangan 'underwater' yang memang menarik. Kat Pulau Tioman ini memang terkenal seluruh dunia dan ramai penyelam dan pelancong asing datang ke Pulau Tioman semata-mata untuk menikmati keindahan hidupan laut yang ramai tidak ketahui.
Pergi lah melancong, jom ke Pulau Tioman.