Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Menaiki Bot Ke James Bond Island Phuket

$
0
0
Andainya anda ke Phuket, anda mesti plan satu hari untuk menjejaki pulau yang terkenal dalam satu filem James Bond 'The Man With The Golden Gun' di Ao Phang Nga National Park, Phuket. Lokasi pulau di Phang Nga ini agak jauh dari Phuket dan anda memerlukan kenderaan untuk ke Jeti dan menaiki bot atau feri sehingga ke Phang Nga Islands.





Perjalanan dari Jeti ke Phang Nga memakan masa lebih kurang 90 minit dan anda boleh memilih untuk menaiki feri atau bot laju kalau ke sana. Harga servis bot pergi dan balik dari jeti ke Phang Nga pergi dan balik sekitar RM100 - RM150 (Baht1,000 - Baht1,5000 untuk setiap dewasa. Anda boleh pilih pakej di bandar Phuket, jangan risau.







Sepanjang perjalanan, anda tak akan bosan kerana di kiri dan kanak anda punyai banyak landskap pemandangan yang cantik dan menarik. Dari persisir sungai, hingga ke pulau-pulau yang ada sekitar Ao Phang Nga National Park. Di kawasan ini memang banyak pulau yang menarik, tetapi yang paling terkenal ialah Phi Phi Island dan James Bond Island.

Kalau anda seorang yang sukakan hidupan laut, kat sini ada banyak aktiviti laut seperti ber'kanu' atau snorkeling sekitar pulau Phi Phi Island. Harga untuk pakej tersebut berbeza mengikut aktiviti yang anda pilih.

Masa MrJocko ke sana, tak sempat nak snorkeling, hanya mampu jalan-jalan dan singgah dalam satu jam. Cukup la sekadar pengalaman pertama ke Phi Phi Island dan James Bond Island. InsyaAllah, ada rezeki boleh lagi datang ke sini.






Kalau anda datang ke kawasan Ao Phang Nga National Park ni, kalau boleh ambik masa satu hari untuk lepak, mandi atau bersantai di sini. Maklum la, kerana lokasi yang jauh dari Phuket, biar la berbaloi kalau ke sini, baru la tak rasa ralat kemudian hari. 

Kalau nak murah dan pakej lagi bagus, boleh cuba untuk cari Bot Peribadi di Jeti berhampiran. Kalau anda dapat, mungkin lebih jimat kalau ke sana bersama keluarga. Lagipun kalau pergi dengan bot tempah sendiri, boleh plan pergi dan balik mengikut masa sendiri.

Selamat bercuti ke Pulau Phi Phi Island dan James Bond Island



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468