Rasanya MrJocko dah kongsi sedikit cerita pasal UENO Station di Tokyo. Kat sini lokasi shopping yang best sebab ada Hard Rock, ada butik Uniqlo, butik produk Jepun lain yang terkenal dan mempunyai lorong gerai-gerai jualan sepanjang di Euno Street.
Di sini la MrJocko singgah makan Kebab Doner yang halal di Ueno Street.
Cuba tengok susunan basikal yang ada di Ueno Street. Nampak kemas kan? Kat Tokyo memang ramai yang suka layan naik basikal. Tak kira tua atau muda mereka tak kisah kalau naik basikal. Ia memang menjadi trend mereka kat sana. Ruang letak basikal memang banyak di Tokyo, mengalahkan ruang parkir motorsikal.
Ada macam-macam yang best di Ueno Street. Selain tempat shopping barang, pakaian dan cenderahati, kat sini juga ada pelbagai tarikan lain. Nak tahu selebihnya, kena la datang sendiri ke Ueno Street, Tokyo. Lokasi hanya beberapa meter dari stesen Subway UENO Station.
Yang nampak best ialah bahagian jualan makanan basah seperti ikan dan seafood. Nampak segar tak seperti yang biasa MrJocko lihat di Malaysia. Kalau la boleh masak di Tokyo, dah lama MrJocko beli Udang, Ketam dan Sotong untuk di masak Tom Yam :).
Keseluruhan, memang best lokasi Ueno Street. Tempat ni memang menjadi tumpuan pelancong kerana antara lokasi jualan barangan yang murah sekitar Tokyo. Kalau dah sampai Ueno Street, kena la shopping, beli untuk siri sendiri atau juga buat hadiah sekembalinya nanti ke Malaysia.