Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Contact Travel Agent Di Boracay Island Philippines

$
0
0
Boracay memang pulau percutian yang menarik di Filipina. Lokasinya agak jauh dari bandaraya Manila, tetapi ia boleh di lawati menggunakan penerbangan AirAsia terus dari Kuala Lumpur menuju ke Kalibo sebanyak 4 kali seminggu. Senang kalau kalau nak ke Boracay.

Kalau anda mencari contact number travel agent yang berada di sana, anda boleh layari internet. Atau, anda boleh sahaja lihat banyak iklan tour agent yang ada di sekitar Airport dan pekan Kalibo. 

Anda boleh menaiki bot dari Jeti Caticlan dan ia memakan masa selama sekitar 15-20 minit sampai ke Pulau Boracay. Tambang Feri melalu Jeti Caticlan ialah PHP200 (RM15) termasuk harga tiket dan bayaran servis terminal jeti.


travel agent di boracay philippines



Sewaktu kunjungan Blooggers ke Boracay, kami di bawa pusing-pusing satu Pulau Boracay dengan khidmat Southwest Tours (Boracay) Inc. Company Travel Agent ini adalah antara travel agent yang terkenal di Filipina. Servis mereka sepanjang kami di sana memang terbaik. Bagi yang berminat, boleh terus hubungi talian Hotline Travel Agent Southwest Tours (Boracay) Inc ini.



travel agent di boracay philippines



Kalau anda peminat pantai, pulau dan laut, anda mesti letakkan Boracay dalam senarai mesti lawat anda untuk next trip. Memang best. Pilih sahaja lokasi hotel yang ingin anda inap samada di Station 1, Station 2 dan juga Station 3. Antara yang terbaik di Station 2 ialah Henann Garden Resort.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468