Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Apa Yang Ada Di Jalan Cihampelas, Bandung

$
0
0



Cihampelas adalah sebuah lokasi yang terletak di Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat, Indonesia. Cihampelas merupakan bandar kecil yang terbina hasil dari pembangunan daerah Cililin. Cihampelas berasal dari kata Ci yang bererti "air" dan Hampelas yang berarti "Pohon Hampelas" yang kononnya pernah ada di hujung Jalan Cihampelas. Tapi sekarang pokok tersebut sudah tidak ada lagi.

Sekarang, Jalan Cihampelas sudah terkenal sebagai satu lokasi tempat shopping yang menarik di sekitar Kota Bandung. Jalan Cihampelas terkenal dengan lokasi penjualan pakaian yang murah, barang-barang cenderahati, barangan kulit, kraftangan dan juga kini semakin terkenal dengan shopping mall Cihampelas Walk.

Di Cihampelas Walk, ia umpama gedung membeli belah yang terbesar di sekitar Jalan Cihampelas dan punyai butik dan kedai yang agak eksklusif berbanding di Jalan Cihampelas. Kat sini juga lokasi tumpuan anak muda untuk santai sepanjang hari kerana lokasi shopping mall yang lebih selesa dan luas.






Di Jalan Cihampelas ini ada banyak kedai yang menjual pakaian, kasut, barangan kraf tangan, aksesori, barangan kulit dan pelbagai jenis lagi hasil jualan penduduk tempatan. Sepanjang Jalan Cihampelas Bandung anda akn lihat ramai peniaga jalanan yang terdiri dari penduduk Bandung berniaga kecil-kecilan untuk menyara hidup. Ada pelbagai gaya, ada pelbagai cara.









Kalau nak shopping di Jalan Cihampelas, memang digalakkan kerana kat sini ada banyak pilihan barangan. Tetapi kalau nak menginap, anda mungkin boleh pilih lokasi lain kerana ada banyak lokasi lain yang punyai hotel dan bajet motel yang lebih murah berbanding di Jalan Cihampelas. 

Jangan lupa untuk tawar menawar kalau membeli di sepanjang Jalan Cihampelas Bandung. Ada banyak kedai boleh tawar menawar dan semestinya boleh dapatkan harga yang sangat murah berbanding di Malaysia. 

Selamat membeli belah di Jalan Cihampelas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468