Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Tips Untuk Tunda Kereta Rosak Atau Kemalangan

$
0
0

Semalam, hari Isnin, kereta Gen2 MrJocko rosak lagi buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun. Ok la kot sebab purata rosak cuma 1 sekali dalam masa 18 bulan. Pun begitu, kalau dah rosak di tengah jalan, sudah pasti ia masalah untuk MrJocko. Nak kena tunda lagi, nak kena repair masuk workshop lagi. Dugaan.

Kereta tiba-tiba mati di tengah jalan. MrJocko agak, alternator yang rosak sebab hari Rabu lepas memang dah ada tanda-tanda alternator kereta ni macam nak rosak. Oleh sebab langsung tak boleh start dan bergerak, terpaksa la MrJocko call trak penunda.

Alhamdulillah, Takaful Am kereta yang MrJocko guna menyediakan khidmat Trak Tunda Percuma sekitar Lembah Klang ke Bengkel terdekat. Jimat duit trak tunda. Bila MrJocko call, tak sampai 15 minit sampai la Trak Tunda Panel Insurans Takaful tersebut.

 

Tips tunda kereta

Kereta Rosak Trak Tunda

 

Ada tips yang perlu anda tahu jika anda ingin menggunakan trak tunda. Anda perlu tahu kerana jika salah pilih trak tunda, anda mungkin terpaksa bayar kos yang mahal. Tips untuk guna Trak Tunda :

 

1. Jika kereta anda rosak atau kemalangan, pastikan anda call Insurans atau Takaful Am anda dan minta bantuan Trak Penunda dari mereka. Ini penting kerana trak tunda panel insurans anda adalah PERCUMA dan tidak perlu dibayar.

2. Anda boleh menunda kereta anda dari lokasi A ke lokasi B pada hari pertama, kemudian menunda lagi dari Lokasi B ke Lokasi C pada hari seterusnya dengan menggunakan panel Trak Tunda anda. Ia masih lagi PERCUMA.

3. Jika kereta anda pancit dibahagian depan, anda masih lagi boleh towing ke bengkel terdekat dengan kos PERCUMA.

4. Jika anda membeli polis insurans atau takaful yang tidak menyediakan khidmat trak tunda, sebelum kereta anda ditarik, pastikan dulu KOS SEBENAR trak tunda tersebut ke bengkel yang hendak dituju. Ini penting sebab, kadang-kadang ada Trak Tunda mengambil kesempatan dan mengenakan kos tunda sehingga RM800 untuk sekali tunda.

Oleh itu, kalau boleh, beli polisi Insuran atau Takaful Am yang menyediakan perkhidmatan Trak Tunda PERCUMA untuk kemudahan anda.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468