Masa mula-mula dengar berita, ingatkan remaja OKU yang dijumpai di Flet Semarak, Nilai ini ialah bukan rakyat Malaysia dan menumpang perlindungan di sini. Tadi bila dengar berita balik rupanya remaja OKU ini adalah orang Malaysia dan punyai ibu yang masih hidup.
Nasib Muhammad Firdaus Dullah ni memang menyentuh hati semua orang. Bagaimana tergamak ibu beliau tinggalkannya dalam keadaan yang sedemikian rupa, hanya Allah sahaja yang tahu. Agaknya, sudah berapa lama penderitaan remaja OKU Firdaus ini harungi sebelum beliau dijumpai?
Nasib baik beliau dijumpai dan masih dapat diselamatkan. Kesian, memang kesian. Itu nasib sedih yang dialami oleh Muhammad Firdaus Dullah.
Nasib kita, teruskan berusaha dan berdoa. Semoga segala perkara buruk dijauhkan dari kita dan keluarga kita. Aminnn.