Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Cara Untuk Ke N Seoul Tower, Seoul

$
0
0
Kalau anda dah sampai ke Seoul, cuba cari satu masa sekitar 3-5 jam untuk singgah di N Seoul Tower. Apa yang ada di N Seoul Tower? Ia satu lokasi tumpuan penduduk Seoul dan juga pelancong untuk melihat kota raya Seoul dari menara N Seoul dan juga keunikkan tinggalan 'kunci mangga' yang berjuta-juta di perkarangan N Seoul Tower. 

Boleh baca entry lama MrJocko di sini Pengalaman N Seoul Tower MrJocko

Untuk ke N Seoul Tower anda boleh menaiki subway, teksi atau bas. Kalau anda berada di tengah kota raya Seoul, mudah sahaja untuk ke N Seoul Tower ni. Maaf MrJocko tak ada info tentang station terdekat Subway. Tetapi kalau anda dari Hotel sekitar Seoul, anda boleh ke N Seoul Tower dengan hanya bayaran sekitar KRW3000 - KRW6000.

Jika anda nak naik Bas, antara bas yang ke N Seoul Tower ialah Bas No 2. Bas ini biasanya melalui jalan-jalan utama sekitar Itaewon, Myeongdong dan Dongdaemun. Kebetulan Bas No. 2 ini laluannya betul-betul di depan Grand Ambassador Seoul, tempat kami menginap. Tiket untuk satu perjalanan cuma KRW900 sahaja untuk dewasa.







Jika anda ingin menaiki Kereta Kabel ke N Seoul Tower, tiket Kereta Kabel N Seoul Tower cuma KRW8000 untuk satu perjalanan. Anda boleh pilih untuk membeli tiket pergi balik atau satu hala. Kalau nak mudah, beli terus 2 hala. Tetapi kalau anda nak naik kereta kabel, kemudian pulang ke bandar Seoul naik bas, adalah lebih baik beli satu hala sahaja.






Untuk info, N Seoul Tower ini akan ditutup sekitar jam 10.00 malam waktu tempatan. Jadi kalau nak ke sana, make sure datang awal. Waktu senja dan malam memang cantik kerana anda dapat lihat limpahan lampu neon di sekitar bandaraya Seoul. Kalau anda naik ke atas menara, mesti lagi cantik. Sayangnya kami tak sempat untuk naik ke atas kerana kesuntukkan masa.









Kalau anda nak ke N Seoul Tower, pastikan anda memakai baju sejuk. Biasa cuaca agak berangin di atas sana dan suhu mungkin mencecah sekiar 10 - 15 darjah celcius. Jadi kalau anda kesejukkan, mesti rasa tak best.

Lokasi di N Seoul Tower agak luas jugak. Kat sini MrJocko tak jumpa lokasi khas untuk Solat. Tetapi, ada banyak ruang yang anda boleh guna kalau nak solat. Jadi, sediakan tikar kecil untuk kemudahan anda dan anda boleh solat di tepi dinding di bahagian bawah N Seoul Tower. 

Jangan lupa kalau nak tinggalkan kenangan kat N Seoul Tower, beli terus kunci mangga di Malaysia, tulis guna Permanent Marker dan tinggalkan di kawasan yang di sediakan. InsyaAllah, kalau punya peluang datang ke Seoul, boleh cari lagi. Buat macam MrJocko pernah lakukan pada tahun 2011 dulu. Kenangan di N Seoul Tower.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468