Banyak benda yang menarik di sini. Boleh kata hampir semua jenis barangan ada di sini. Ia umpama konsep Uptown yang diadakan pada sebelah siang.
Pihak berwajib juga menyediakan susunan gerai yang teratur serta Tourist Police yang bergerak sebagai pembantu kepada sesiapa sahaja yang nak dapatkan info bergerak tentang lokasi Myeondong atau Seoul ini.
Ramai kawan kata di Myeongdong ini lebih menarik dari Dongdaemun, Itaewon dan Insadong. Ya,,, memang benar. MrJocko sendiri lebih suka pusing-pusing Myeongdong berbanding tempat shopping lain di Seoul. Banyak harga yang lebih murah dan senang cari, khususnya t-shirt buatan Korea ini.
Jadi, kalau nak shopping di Seoul, MrJocko syorkan singgah Myeongdong dulu, kemudian baru ke Dongdaemun, Namdaemun, Insadong, Itaewon dan lokasi shopping lain di Seoul.