Hari kedua MrJocko bermula dari Padang dan kemudian bergerak terus ke Kantor Baputi Padang Pariaman untuk acara Flag Off Tour de Singkarak 2014 West Sumatra. Event kayuhan basikal jelajah Sumatera Barat ini berputar sekitar Padang dan kawasan Singkarak serta tengah Sumatera.
Selepas pelepasan, kami terus menuju ke Bukit Tinggi selepas makan tengahari. Sempat singgah di beberapa lokasi tarikan pelancong di Padang Panjang dan Bukit Tinggi. Jam 5.30pm baru sampai hotel.
Kali ni, trip Padang Bukit Tinggi kami menginap di Grand Rocky Hotel, salah satu hotel paling baru di Bukit Tinggi. Terima kasih buat Tourism Indonesia. Bilik di Grand Rocky Memang Terbaik.
Ok nak rehat dulu, nanti sambung kemudian cerita trip Padang Bukit Tinggi ni sempena dengan jelajah FAM Trip Tour de Singkarak anjuran Tourism Indonesia dan #MajalahLibur