Untuk peminat Pulau, anda mungkin akan merancang suatu hari nanti ke Pulau Tioman di daerah Mersing, Pahang. Untuk ke Pulau Tioman, salah satu cara dengan menaiki bot laju atau ada yang memanggil feri dari Jeti Mersing. Ada banyak cara untuk ke sana, samada melalui Speed Ferry yang besar atau menggunakan speed boat biasa persendirian.
Anda boleh menaiki pengangkutan air ini ke Pulau Tioman seawal jam 8.00 pagi dan biasanya dari Pulau Tioman menghala balik ke Jeti Mersing sekitar jam 6.00 petang. Ini kerana perjalanan satu hala dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman memakan masa sekitar 2 jam. Kadang-kadang, perjalanan Ferry ini tidak mengikut masa yang tetap kerana mengikut keadaan ombak dan cuaca semasa.
Ini Speed Boat Bestari 1 yang membawa penumpang dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman |
Untuk harga tambang tiket satu hala perjalanan Jeti Mersing ke Pulau Tioman bagi setiap dewasa ialah RM35.00 dan RM30.00 bagi kanak-kanak. Dari Jeti Mersing, Ferry ini akan singgah di beberapa jeti di Pulau Tioman dan anda boleh memilih lokasi destinasi anda.
Jadi, kalau nak mudah, rancang dulu lokasi mana yang anda minat untuk menginap di Pulau Tioman dan anda boleh berhenti di Jeti yang anda mahukan. Ia lebih mudah. Sudah pasti, kalau ke Tioman, anda akan nikmati masa percutian Pulau yang menyeronokkan, berbeza dengan pulau-pulau lain di Malaysia.
Jom ke Pulau Tioman...