Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Menu Ole-Ole Terkenal Jogjakarta Bakpia Pathok

$
0
0
Semasa perjalanan pulang ketika menghabiskan selama 6 hari lawatan dari Surabaya ke Jogjakarta, Tour Guide kami membawa kami singgah di lokasi shopping yang terakhir di Jogjakarta. Kedai paling terkenal dengan menu ole-ole Bakpia yang terletak di Jalan Mataram. Inilah kedai Bakpia Pathok 25, Ole-ole Khas di Jogja.







Bakpia ni sejenis kuih tradisional di Pulau Jawa dan terkenal di Jogjakarta. Ia adalah kuih tepung gandum yang mempunyai inti seperti Kacang Hijau, Keju, Coklat atau Nenas. Paling terkenal ialah Bakpia Kacang Ijo (Kacang Hijau). Harga Bakpia satu kotak yang mengandungi 15pcs Bakpia hanya Rp28,000 sahaja (RM7.50). Murah jer...

Kalau nak yang ada 20pcs, harga dia mahal sikit sahaja, iaitu Rp32,000 (RM9.00). Harga sama untuk 15pcs Bakpia Keju, Coklat atau Nenas.







Selain Bakpia, ada banyak lagi Ole-ole lain yang anda boleh beli kat sini. Ada kerepek, ada ikan belut kering, kuih kering lain dan banyak lagi. Harga memang berpatutan. Pasal urusan pembungkusan anda jangan risau. Anda beli banyak atau sikit, staf di Bakpia Pathok 25 akan tolong anda bungkus dengan kemas. Untuk yang beli beberapa barangan, ia dibungkus dengan kotak kecil. Bagi yang bersaiz besar, anda boleh bungkus dengan kotak yang sesuai dan khidmat ini adalah percuma.

Bakpia Jogja memang sedap. Rasa gamdum dan campuran inti Kacang Hijau yang memang panas dan baru di masak, di angkat dan terus di bungkus membuatkan kualiti Bakpia memang terbaik. Kalau ke Jogja, jangan lupa beli Ole-ole Bakpia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468