Ayam Brand™, pembekal makanan dalam tin tanpa bahan pengawet atau tambahan MSG, mengukuhkan pasarannya di peringkat global dengan menekankan tradisi jenama Asia itu melalui Kempen 'All Happy Families' yang dibina atas warisan gemilang menjadi kegemaran keluarga selama lebih daripada 120 tahun.
Sejajar dengan aspirasi untuk mengukuhkan jenamanya di peringkat global, Ayam Brand™ melancarkan promosi masakan Asia, di serata dunia, khususnya Malaysia melalui Kempen 'All Happy Families' yang menonjolkannya sebagai satu jenama warisan yang dipercayai dan digemari oleh semua lapisan generasi di rantau ini.
Ayam Brand™ berkunjung ke serata dunia untuk menemui beberapa keluarga sebenar bagi berkongsi bagaimana Ayam Brand™ menjadi sebahagian daripada tradisi keluarga mereka. Satu siri temu ramah video bersama keluarga-keluarga ini kini dipaparkan di laman web dan laman peminat Facebook Ayam Brand™. Pengguna juga dijemput untuk berkongsi cerita mereka dalam pertandingan 'All Happy Families' di Facebook di mana mereka boleh menyuarakan pendapat mereka mengenai kekeluargaan, tradisi dan Ayam Brand™.
Kempen ini memaparkan keluarga tempatan yang hidup bahagia dengan cerita dan tradisi masakan tersendiri di beberapa lokasi ikonik seperti pemandangan pencakar langit Kuala Lumpur, Rumah Opera Sydney, puncak tertinggi pulau Hong Kong dan Marina Barrage, Singapura.
Jurugambar terkemuka antarabangsa dari Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah, Stefen Chow, menjayakan penggambaran kempen 3 tahun tersebut. Pemenang World Press Award 2013 ini mengetuai haluan kreatif bagi mencari, mendokumen dan mengambil gambar keluarga yang berbesar hati untuk berkongsi cerita dan tradisi masakan mereka.
Kempen bermula dari 2014 hingga 2016 menerusi tiga siri, iaitu satu siri setahun diiringi dengan aktiviti di lokasi terpilih serta pendedahan melalui media cetak dan internet di rantau di mana Ayam Brand™ adalah aktif. Bagi membawa kisah Ayam Brand™ ke peringkat global, kempen tersebut diperluaskan dalam bentuk iklan di majalah-majalah dalam penerbangan syarikat penerbangan utama dunia seperti Qantas, Singapore Airlines, China Southern, SilkAir dan syarikat tanahair, AirAsia.
Menurut Pengarah Pemasaran Kumpulan Ayam Brand™, Encik Herve Simon, keunikan Ayam Brand™ terletak pada komitmen terhadap kualiti, berpandukan kepada warisan jenama dan adaptasi produk kepada keperluan tempatan dan serantau, serta pelancaran variasi dan produk selari dengan perubahan gaya hidup dan cita rasa, sementara teliti dalam mencapai pengguna yang lebih meluas.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™ dan Kempen 'All Happy Families', layari www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes