Banyak sebenarnya pilihan makanan tambahan untuk haiwan peliharaan seperti kucing. Antara yang biasa tuan punya kucing beri ialah Pet Grass atau Rumput Kucing. Untuk apa kegunaan Pet Grass ni dan kenapa kucing suka makan?
Pet Grass ini ialah satu makanan yang boleh menolong kucing menghadam dan mengeluarkan sisa sisa bulu yang berada dalam usus perut kucing tersebut. Kucing akan tidak sengaja tertelan bulu mereka semasa proses menjilat (menyucikan) badannya dan bulu-bulu tersebut susah untuk dihadam oleh perut.
Dengan memakan pet grass atau rumput kucing ini, ia akan membantu kucing tersebut mengeluarkan sisa bulu bulu tersebut melalui proses pencernaan. Ia memang bagus untuk kesihatan kucing anda dan amat sesuai untuk jenis kucing baka bulu panjang.
Anda boleh pilih samada untuk membeli biji semaian Pet Grass yang berharga sekitar RM10 sepeket atau pil Pet Grass yang berharga RM2.50 sahaja bagi 15g dan cukup untuk seekor kucing.
Kalau beli yang jenis pakej semaian, anda kena biarkan ia bercambah dulu beberapa hari, dan kemudian baru boleh diberi kucing makan. Kalau jenis pil, beli dan terus beri makan.
MrJocko dah beri makan 2 biji pagi ni dan petang nanti lagi 2 biji. Semoga dalam masa beberapa hari nanti kucing MrJocko Kitty dan Oreo akan keluarkan hairball (bulu-bulu) dalam perut. Kita tunggu dan lihat...
Glamorous MrJocko