Dah lama MrJocko mencari buah Cempedak. Selalu nampak ada orang jual kat gerai tapi tak sempat singgah. Ada pun beberapa tempat, nampak macam cempedak biasa, mungkin tak semanis Cempedak Madu. Semalam, baru terjumpa buah cempedak madu ni kat gerai buah di Taman Sri Sinar.
Harga sekilo cuma RM8 sahaja dan sebiji saiz sederhana ni cuma RM12 sahaja. Kira ok la tak kecil sangat, cukup la untuk kami makan sekeluarga.
Korang lihat isi cempedak ni, agak besar, ranum dan memang manis. Sangat manis dan berbaloi-baloi. Puas hati dapat makan cepedak madu ni :)
Ingat minggu depan nak beli sebiji lagi. Harap-harap ada stok di gerai yang sama.