Ada ramai klien MrJocko yang melabur dalam dana Unit Amanah bertanya, "Bila masa kita nak jual untung dalam pelaburan?" Ia soalan yang senang, tetapi pendapat peribadi MrJocko sebagai Perunding Kewangan, penjualan untung pelaburan unit amanah bergantung kepada beberapa faktor.
Antaranya :Target Pelaburan Sudah Mencapai Tujuan
Ada ramai klien MrJocko yang melabur mengikut tujuan atau 'goal' yang berbeza. Antara tujuan mereka melabur, untuk tujuan persaraan, untuk simpanan duit umrah, untuk melancong atau bertujuan membayar insurans kereta dan road tax setiap tahun, serta banyak tujuan lain lagi. Sekiranya tujuan mereka sudah tercapai, sebagai contoh, mensasarkan keuntungan sekitar 10% dalam masa setahun, maka saya akan mencadangkan supaya keuntungan tersebut dijual. Tetapi sekiranya klien tidak mempunyai tujuan penting, saya akan meminta mereka untuk teruskan melabur sehingga tempoh tertentu.
Harga Dana Yang Dibeli Naik Mencanak
Sekiranya harga dana yang klien beli, naik melebihi 50% maka saya akan cadangkan klien untung menimbang menjual keuntungan kerana dikhuatiri selepas satu tempoh masa ia akan jatuh. Walau bagaimana pun, ia sekadar pandangan peribadi dan ia bersifat case by case basis. Sebagai contoh, klien sudah melabur lebih dari 5 tahun dan sudah banyak kali menerima dividen dari dana tersebut dan berumur lebih dari 45 tahun.
Apabila Klien Mencapai Umur 55 Tahun Ke Atas
Klien yang berumur 55 tahun ke atas, saya sifatkan sebagai klien yang melabur untuk mendapatkan wang tambahan. Mereka sekadar mahu menyimpan dan mendapatkan sedikit untung dari duit simpanan EPF atau simpanan dalam bank sebelumnya. Adalah tidak wajar kalau saya menyusun plan jangka panjang untuk klien berumur lebih 55 tahun ini, kerana kemungkinan sekarang masa untuk mereka menikmati hasil simpanan mereka selama ini.
Pandangan saya, melaburlah untuk masa hadapan atau tujuan masa pendek anda seperti untuk membayar insurans kereta dan road tax tahunan, percutian atau simpanan untuk pelajaran anak-anak. Macam-macam tujuan anda boleh buat jika melabur dalam Unit Amanah atau Unit Trust. Simpanlah walau sedikit secara potongan gaji bulanan RM100, ia akan membantu anda diwaktu anda kesusahan.