Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Mencari Ramli Musim 2 - Undi Pemain Pilihan Anda

$
0
0
Sekiranya anda meminati program realiti berbentuk sukan semestinya anda sudah menyaksikan rancangan hebat program Mencari Ramli Musim 2 tajaan pihak Telekom Malaysia dengan kerjasama pihak Team Malaysia. Ia bagaikan satu fenomeno baru dari Team Malaysia dalam memartabatkan sukan Bolasepak dalam bentuk jenama Malaysia di persada antarabangsa.

MrJocko pernah berkongsi maklumat awal berkenaan program realiti Mencari Ramli Musim 2 ini di SINI.





Musim baru Mencari Ramli 2 kini sudah menemui penonton di saluran TV3 pada setiap Jumaat jam 7.30 malam.  Kali ini, Akim Ahmad menjadi Hos rancangan dan akan bersama-sama penonton menyaksikan aktiviti pemilihan dan latihan sehingga penentuan siapakah Ramli Musim 2 dalam 13 episod ini.

Pada musim pertama, kita telah menyaksikan Farhan, Adam Nor dan Solehin telah terpilih sebagai 3 pemain pilihan dalam program Mencari Ramli. Tahun ini, siapakah yang akan bakal dipilih oleh Juri dan penonton untuk menjadi 'Ramli'?





Semestinya impian menjadi Ramli Musim 2 ini menjadi impian ramai remaja Malaysia kerana sekiranya terpilih, mereka akan mendapat peluang seumur hidup untuk menyertai peluang ke Manchester United, Berlatih di Manchester United Soccer School dan juga Tajaan Biasiswa Bersama Kelab Frenz United. Hadiah yang ditawarkan merupakan hadiah terbaik dan peluang sekali seumur hidup.







Bagaimana pemilihan pemain dan corak latihan yang akan diadakan di dalam Mencari Ramli Musim 2??? Apa kriteria pemilihan pemain Mencari Ramli 2?





Seramai 222 orang pemain akan dipilih dari kesemua pusat pemilihan pemain seluruh negara yang telah dibuat. Daripada jumlah itu, hanya 30 orang sahaja yang akan dipilih untuk menyertai pemilihan akhir. Pemain dipilih berdasarkan kategori Terbuka. Tetapi ia akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Group A - Umur 13 hingga 14 tahun dan Group B - Umur 15 - 16 tahun.

Permainan akan dimulakan dengan permainan 5 sebelah dan jika mereka layak, mereka akan ke pemilihan permainan 7 sebelah. Kriteria pemilihan pemain dalam Mencari Ramli Musim 2 berdasarkan kepada 7 kriteria utama iaitu Bakat, Teknikal, Taktikal, Skil, Kepintaran, Kelajuan dan Kekuatan.





Mencari Ramli Musim 2 mempunyai ramai Juri dan tenaga kerja yang berkualiti dan berkaliber. Mereka sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Mereka akan diketuai oleh saudara Ahmad Fairuz Yunus yang akan bertindak sebagai Ketua Jurulatih.

MrJocko begitu kagum bila menonton rancangan program Mencari Ramli sejak dari musim pertama kerana melihat kesungguhan pemain-pemain remaja ini untuk turut serta. Tak kurang melihat sokongan padu dari ibubapa dan saudara mara serta penglibatan dari pelbagai kaum termasuk dari kaum Melayu, Cina, India dan juga Malaysia Timur untuk mencapai impian menjadi pemain bolasepak berjenama Malaysia 'Ramli'.

Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik-adik ini sememangnya boleh dijadikan tauladan yang baik untuk kita supaya berusaha bersungguh-sungguh sekiranya kita ingin berjaya.








Siapakah Ramli pada musim kedua ini??? MrJocko berpendapat, setelah kita mempunyai pemenang seperti Farhan, Adam Nor dan Solehin pada musim pertama, Mencari Ramli Musim 2 akan dapat mencungkil Ramli yang lebih hebat dari sebelumnya.

MrJocko berpendapat pada kali ini, Mencari Ramli Musim 2 akan mencungkil bakat 2 Pemain Tengah dan 1 Pemain Pertahanan. Nampak seperti, belum ada pemain Penyerang yang menyerlah sehingga episod ke-6. Atau mungkin juga selepas episod ke-7 akan menampakkan hasil? Siapa tahu? Atau mungkin kita akan punyai Bakal Penjaga Gol Terbaik? Saksikan rancangan Mencari Ramli Musim ke2. 

Hadiah menarik menanti para pemenang bagi mereka yang menghantar undian terbanyak dan tertinggi. Antara hadiah-hadiah menarik yang menanti para pemenang :

Pemenang Hadiah Utama

Pengundi dengan menjadi pengundi dengan undian tertinggi akan memenangi hadiah TRIP untuk 'Dua Orang' dan akan ditanggung sepenuhnya ke Sydney, Australia.

Pemenang Hadiah Saguhati

Pengundi Kedua Tertinggi akan memenangi hadiah buku berautograf The Official Illustrated of History Manchester United.

Pengundi Ketiga Tertinggi akan memenangi sehelai Jersey Manchester United yang ditandatangani oleh Ryan Giggs

Pengundi Keempat Tertinggi akan memenangi Bola Nike yang ditandatangani oler Peter Schmeichel.

Pengundi Kelima Tertinggi akan memenangi sehelai Jersey manchester United yang ditandatangai oleh Rafeal Pereira Da Silva

Maklumat tentang undian Mencari Ramli 2 :

Undian akan dibuka pada Jun, 14 Jun 2013 dan sehingga episod ke 13.

Cara Mengundi :

SMS VOTE (Jumlah Undi samada 5/10) (SPACE) RAMLI (NOMBOR DUA DIGIT : 01-30) kepada 26268.
Contoh :
Sekiranya anda mahu mengundi 10 markah kepada pemain yang menggunakan kod 08
VOTE10 RAMLI08 to 26268

atau

Sekiranya anda mahu mengundi 5 markah kepada pemain yang menggunakan kod 20
VOTE5 RAMLI20 to 26268

Info Tambahan
- Undian akan berakhir pada 28 Jun 2013.
- Undian Pertama adalah PERCUMA, 
- Kos Undian 
1 Vote = RM0.50
5 Vote = RM2.00
10 Vote = RM3.50

Cepat, tontoni rancangan Mencari Ramli Musim 2 di TV3 pada setiap Jumaat, jam 7.30 malam atau layari rancangan tersebut di Tonton.com.my atau episod pilihan di YouTube. Anda cuma perlu Tonton, Undi dan Menang hadiah menarik dari pihak Penaja. Undi pemain kegemaran anda, samada Penjaga Gol, Pertahanan, Pemain Tengah atau Penyerang. Undi anda akan menjadikan impian mereka satu kenyataan.

Hantar undian anda kepada 26268 dan anda mungkin memenangi Hadiah Utama.

YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 1
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 2
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 3
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 4
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 5
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 6

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468