Selepas beberapa bulan akhirnya kami berkumpul sekali lagi di ruang kelas pejabat Public Mutual Shah Alam. Hampir memasuki tahun ketiga kami bersama-sama berkongsi info, idea serta support antara satu sama lain dan masih lagi bangga menjadi sebahagian dari Group E2.
Sesi perkongsian hari ini kami fokuskan tajuk Recruitment yang sememangnya isu penting dalam menggerakkan dan memperkembangkan agensi. Untuk terus berjaya, kami perlu rekruit dan terus recruit.
Alhamdulillah, yang dapat hadir hari ni termasuk Miera sebagai individu yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti kami, Kak Rohana dan Abg Adnan, Ecah, Nisa, Aida, Shahrol, Naz dan MrJocko. Geng lain tidak dapat hadirkan diri kerana komitmen kerja.
Next session mungkin akan diadakan selepas Raya Puasa. Saya bangga menjadi sebahagian keluarga Group E2.