Malaysia dan umumnya satu dunia masih mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 Boeing 777 yang masih hilang dan belum di ketahui status terkini tentang kehilangannya. Pelbagai andaian dan teori sudah kita dengar, namun pihak bertanggungjawab samada Malaysia Airlines, DCA, Tentera dan pihak Kerajaan memohon agar kita cuma menunggu pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab sahaja.
Gambar Hiasan |
Antara kemungkinan yang paling kuat dikatakan pada saat ini, dikatakan kapal terbang MH370 dari KL ke Beijing ini dikhuatiri terhempas di Laut China Selatan. Kebenarannya belum dapat dipastikan.
Apakah punca-punca atau sebab yang mungkin boleh menyebabkan sesebuah kapal terbang itu terhempas:
1. Hujan Lebat
Hujan yang terlalu lebat boleh mengakibatkan gangguan pada pesawat. Ia antara punca utama yang boleh mengakibatkan kapal terbang terhempas.
2. Awan Tebal
Awan Tebal juga boleh mengganggu isyarat pesawat. Kemungkinan berlaku gangguan dan Pilot akan menghadapi masalah.
3. Kerosakan Enjin
Kalau dah rosak bahagian enjin, jangan kata kapal terbang, kenderaan darat pun boleh membahayakan penumpang. Sebab itu, seperti MH370, ia menjalani servis yang teratur dan memang mengikut jadual.
4. Kebakaran
Jika berlaku kebakaran, potensi untuk kapal terbang terhempas juga akan tinggi. Ini kerana sistem pesawat akan terganggu.
Ini sahaja antara info yang MrJocko tahu. Mungkin pakar atau yang mempunyai pengetahuan yang lebih pasal aircraft ini boleh kongsi info lain, antara punca-punca dan sebab yang boleh membuatkan sesebuah pesawat itu punyai risiko terhempas.
Apapun sehingga belum ada berita yang sahih, kita masih lagi mengharap semoga MH370 akan selamat. Harapan rakyat Malaysia dan seluruh dunia memang mahukan keselamatan semua yang berada di dalam penerbangan MH370 itu. Jom, doakan semoga MH370 akan selamat dan pihak berwajib dapat selesaikan misteri kehilangan ini secepat mungkin, Ameennn.