Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Wajib Singgah : Nami Island, South Korea

$
0
0
Lokasi wajib singgah kalau ke Korea Selatan semestinya Nami Island. Di sana, Nami Island lebih dikenali sebagai nama Namiseon. Ia terletak di kawasan Chuncheon, Korea Selatan, Nami Island ialah sebuat pulau kecil berbentuk bulan kecil di tengh tasik. Ia di katakan terbentuk melalui sungai Sungai Han Utara melalui pembinaan Empangan Cheongpyeong. 

Nami Island semakin menjadi terkenal selepas drama popular Korea Selatan iaitu Autum In My Heart dan semakin lama, semakin menjadi tumpuan pelancong dunia. Ternyata landskap di Nami Island memang cantik tak kira musim bunga, sejuk, luruh atau musim panas. Anda akan terpesona kalau ke Nami Island.












Untuk ke Nami Island dari Seoul, anda boleh pilih untuk menaiki shuttle bas, kereta api atau drive. Perjalanan dari bandaraya Seoul menuju ke Nami Island mengambil masa sekitar satu jam 30 minit sahaja dengan menaiki bas. Kalau memandu sendiri, mungkin lagi cepat. Jangan risau, kalau anda rancang dengan baik, bas dan keretapi dari Seoul ke Nami Island memang cukup untuk anda pergi dan balik dalam masa satu hari.

Anda perlu berhenti di ruangan jeti dan perlu menaiki Feri menuju ke Pulau Nami. Tiket feri MrJocko lupa pulak sebab masa tu dibeli oleh Travel Agent kat sana. Perjalanan feri ke Pulau Nami memakan masa 10 minit jer pun.

Apa pun pengalaman di Nami Island, Korea Selatan memang terbaik. Bagaimana mereka menjaga pulau kecil itu, membuat landskap dan menjadikan kawasan itu sebagai tarikan utama pelancong ke Korea Selatan. Di situ ada pelbagai kemudahan lain seperti cafe, kiosk kedai, kedai cenderahati, tapak persembahan, tapak permainan kanak-kanak dan macam macam lagi.

Sebab itu, Nami Island antara lokasi wajib singgah pelancong kalau ke Korea Selatan. KoreaOK...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468