Semalam, bateri kereta Kia MrJocko akhirnya sudah kehabisan POWER. Bateri sel kering jenama Century ini MrJocko beli dan guna sejak 9 November 2011 lagi. Bermakna, bateri sel kering kereta MrJocko bertahan sehingga 2 tahun 3 bulan.
Seingat masa beli, harga bateri sel kering ini sekitar RM220 sahaja. Oleh kerana sudah digunakan melebihi tempoh penggunaan biasa iaitu 1 tahun, ia bagaikan satu bonus kepada kereta MrJocko.
Memandangkan bateri jenis sel kering ini tak boleh di'recharge', jadi bila powernya dah tiada, tiada pilihan lain melainkan buang sahaja.
Jika ditanya bateri sel kering kereta bolen tahan digunakan sehingga berapa lama, MrJocko akan tetap cakap, setahun sahaja. Ini kerana rata-rata pengguna bateri sel kering boleh guna bateri tu dalam masa lebih kurang setahun. Cuma MrJocko jer guna sampai 2 tahun 3 bulan. Ia satu kes terpencil kot...