Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Teppanyaki Lamb Shoulder Di Restoran Suma, Sogo

$
0
0

Semalam member-member ex-bnm ajak MrJocko singgah makan malam di Restoran Suma, sebuah restoran makanan Jepun yang terkenal di Sogo Kuala Lumpur. Restoran ini terletak di tingkat 3 bangunan Sogo dan berada bersebelahan dengan food court Sogo.

Sempena dengan bulan Mac 2014, ada promosi set yang ditawarkan di sini. Ada 4 menu semuanya termasuk set Kinoko Udon, Salmon Teriyaki, Teppanyaki Lamb dan Prawns serta Nigiri Sushi set. Harga setiap set bermula dari RM28.80.

 

Restoran Suma Sogo

Restoran Suma Sogo

 

MrJocko kali ini mencuba Set C iaitu Teppanyaki Lamb Shoulder dan Teppanyaki Prawns bersama salad dan side dish lain. MrJocko memang suka lamb dan bila di buat Teppanyaki, nampak sangat sedap.

Set Teppanyaki Lamb ini memang terbaik la. Rasa lamb agak ber'jus' dan di padankan dengan Teppanyaki Udang yang memang sedap. Tambah pula ada Chawanmushi, memang set ini buat MrJocko nak cuba lagi.

Walaupun menu ini punyai asal citarasa Jepun tetapi rasanya ia sudah dipadankan dengan citarasa Malaysia. Memang sedap dan terbaik. Kenyang dengan set bernilai RM36.80 ini.

Kalau anda suka makan menu masakan Jepun, apa kata cuba menu-menu hidangan Japanese ini di Restoran Sumo, tingkat 3 bangunan Sogo Kuala Lumpur.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468