Untuk anda yang mungkin tengah mencari info tentang harga tiket bas dari KL Sentral ke LCCT, Sepang, boleh la baca kat sini. Kalau dulu, harga tiket bas ke LCCT ni sekitar RM6 sahaja untuk satu perjalanan, tetapi sekarang, setakat Mac 2014, harga tiket bas dari KL Sentral ke LCCT bermula dari RM8.00 untuk satu perjalanan.
Biasanya ramai yang menaiki perkhidmatan SkyBus yang ada logo AirAsia. Untuk makluman anda, harga tiket untuk perjalanan satu hala dari KL Sentral ke LCCT menggunakan SkyBus ialah RM10.00. Bermakna, kalau pergi dan balik anda harus bayar RM20.00.
Berbeza dengan bas warna kuning yang dikenali sebagai AEROBUS. Bas ini hanya mengenakan tiket RM8.00 sahaja untuk perjalanan dari KL Sentral ke LCCT dan juga sebaliknya. Murah RM2.00 dari harga SkyBus. Kalau anda ambil tiket pergi dan balik, anda jimat RM4.00. Banyakkan ???
So, anda pilih la mana satu perkhidmatan yang anda nak guna. Harga tiket bas ke LCCT ini berbeza-beza. Apa yang pasti perkhidmatannya hampir sama. Cuma kalau tak silap, bas SkyBus ni kerap sikit ke LCCT berbanding AEROBUS.