Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Resipi Asam Perut Lembu Kelantan

$
0
0

Siang tadi singgah di Hypermarket Giant Gombak. Masa lalu kat bahagian barang basah, ternampak perut lembu yang sudah bersih di cuci. Nampak sedap pulak, apa lagi, beli la sepeket kerana nak balik cuba masa Asam Perut Lembu ala Kelantan.

Menu resipi Asam Perut Lembu ni selalu Arwah Ayah MrJocko masak masa dia kat dapur. Simple dan mudah tetapi sedap. Memang sedap. Walaupun hanya rebus dan dicampur sedikit bawang, garam, belacan dan limau nipis. Dah lama tak rasa Asam Perut Lembu ala Kelantan. Tu yang rasa terliur.

 

Resipi Asam Perut Lembu

Resipi Asam Perut Lembu

Resipi Asam Perut Lembu

 

Cara nak masak Asam Perut Lembu ala Kelantan ni mudah jer. MrJocko belajar sikit-sikit, tetapi lama dah tak masak. Antara bahan-bahannya :


1. Perut Lembu dihiris kecil secukupnya (500 gram)

2. Bawang Besar 2 biji

3. Bawang Kuning 1 biji

4. Limau Nipis 2 biji

5. 1/3 belacan (secukupnya)

6. Cili Api 10 biji ikut rasa

7. Garam dan Gula secukupnya

Cara memasak :

1. Panaskan air dan rebus perut lembu sehingga hampir empuk ( lebih kurang 10 minit)

2. Masukkan bawang besar, bawang kuning, belacan, cili, garam dan gula serta perasa.

3. Kacau sehingga sebati dalam beberapa minit sahaja kemudian angkat untuk dihidangkan.

4. Perah Limau Nipis ikut rasa dan hidangkan

Mudah kan? Kalau nak cuba, boleh la ikut menu resipi Asam Perut Lembu ala Kelantan yang MrJocko buat ni. Tak sampai 15 minit masakan dah siap. Mudah dan cepat serta memang rasa kampung terbaik. Cuba la yer...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468