Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Musim Umrah Kali Ini Bukan Rezeki Saya

$
0
0

Cadangan asal memang bulan Februari 2014 ini MrJocko nak buat Umrah, namun rezeki belum kesampaian. Kadang-kadang rasa kecewa juga kerana banyak kali dah duk plan tapi peluang memang tiada. Bulan ni hanya mampu hantar 9 saudara-mara termasuk Mak Long dan Kakak Sepupu ke tanah suci untuk mengerjakan Umrah bermula semalam.

Rasa teruja jugak bila lihat ramai bakal-bakal tetamu Allah yang berseri-seri gembira untuk ke Mekah dan Madinah. Sedikit rasa cemburu, kenapa la aku belum ada peluang ke sana. Tempat lain dah pergi, umrah belum berkesempatan.

 

Pakej Umrah Murah

Pakej Umrah yang murah

 

Harapan untuk tahun ini atau tahun depan, akan terus berusaha untuk ke sana. Nak harapkan peluang pergi Haji, ada lebih 20 tahun lagi masa menunggu. Lama lagi, masih sempat ke nak tunggu lagi 20 tahun.

Kalau lah dapat sertai musim Umrah 2014 ini bersama-sama saudara mara yang lain bukankah ia satu pengalaman yang terbaik. Tapi nak buat camana, belum ada keizinan dariNya. Mungkin ada rahmat lain.

Tahun depan, InsyaAllah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468