Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Offer Pakej Tablet The Malay Mail Penipu?

$
0
0

Rasanya sudah lebih dari seminggu MrJocko register pakej yang ditawarkan melalui Facebook The Malay Mail, pakej #malaymailgr8deals yang menawarkan Langganan The Malay Mail (secara online) dan dapat pilihan Pakej A, Tablet Huawei MediaPad 7 Youth dengan hanya RM288 sahaja atau Pakej B, Tablet Galaxy Tab 3.0 saiz 7 inci dengan hanya RM538 sahaja.

Pakej #MalayMailGr8Deals dari The Malay Mail ini memang menarik kerana setiap pakej datang dengan Tablet yang ditawarkan, 1 tahun langganan Malay Mail Online, 4 ePaper Access, Aplikasi dan beberapa tawaran lain. Sudah pasti tawaran ini akan menarik minat siapa sahaja yang mahukan Gadget Tablet murah kan?

 

The Malay Mail Great Deals 2014

 

Walau bagaimana pun, secara peribadi, MrJocko sebagai salah seorang yang sudah mendaftar lebih dari seminggu masih tertanya dengan tawaran ini. Antara yang menjadi pertanyaan :

1. Tempoh tawaran Pakej A dan Pakej B dalam #malaymailgr8deals ini?

Rasanya dah banyak kali cari tempoh promosi #malaymailgr8deals ini tetapi yang ada cuma tertulis 'Selagi Stok Masih Ada'. Rasanya terma ini kurang jelas.

2. Selepas membuat pendaftaran dan 'order' melalui link dari Facebook The Malay Mail di alamat http://www.themalaymailonline.com/gr8 , sehingga hari ini belum ada pengesahan yang MrJocko terima tentang pendaftaran atau 'order' tersebut. Macam mana MrJocko nak buktikan yang mereka menerima pandaftaran MrJocko??? Yang ada cuma 'prompt message' bahawa saya berjaya daftar. Itu sahaja...

3. Terma 'Selagi Stok Masih Ada' adalah sesuatu yang kurang jelas. Mungkin ada had atau mungkin tiada had. Harap pihak berkaitan MRCA memantau iklan #malaymailgr8deals ini samada mematuhi syarat atau mengelirukan?

Memang dengan tawaran yang murah dan hebat seperti tawaran iklan The Malay Mail Great Deals 2014 ini menarik minat MrJocko untuk langgan The Malay Mail Online dan dapatkan tablet yang murah tetapi dalam masa yang sama ia antara iklan yang membuatkan MrJocko tertanya adakah betul pihak ini memang menawarkan sejumlah tawaran yang berbaloi atau mengambil kesempatan untuk menarik minat pengguna semata-mata dengan menggunakan iklan yang mengelirukan.

Jika betul promosi ini dari The Malay Mail, apa salahnya beritahu berapa unit sebenarnya yang mereka tawarkan. 100 unit, 1,000 unit atau 10,000 unit. Mohon pencerahan. Kalau tak, mungkin ramai akan ingat iklan #malaymailgr8deals ini mungkin satu penipuan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468