Sejak seminggu lepas, banyak email masuk. Kebanyakkannya dari wakil Public Relation (PR) dari syarikat advertising dan juga event management. Alhamdulillah, kebanyakkannya advertorial berbayar dan tawaran yang agak menarik. Jemputan event PERCUMA pun ada, InsyAllah, mana yang sempat MrJocko join.
Di samping itu, minggu ni Blooggers Dot Com, sibuk juga dengan jemputan Food Review oleh pihak M2Cafe Setapak. Minggu ni seramai 30 blogger akan sekali lagi ke M2Cafe sempena dengan tawaran promosi terbaru M2Cafe pada bulan Februari 2014.
Kemuncak program ialah Trip 6 hari 5 malam MrJocko ke Surabaya dan Yogjakarta pada hari Isnin minggu depan. Semoga semua dipermudahkan Allah dan tiada sebarang masalah. Trip kali ini menjejak sejarah Wali Songo, sejarah Ulamak terkenal di Indonesia.
Bersyukur dengan hasil yang sudah dapat di tuai selepas 6 tahun menulis blog. Walau belum sehebat Kak RedMummy dan Abg Nara, ia tetap berbaloi dan memberikan MrJocko pengalaman yang sangat-sangat berharga. Semoga rezeki ini akan berterusan dan target untuk tahun ini, FAM Trip ke Australia dan Taiwan, Ameen.