Kad Pengenalan Haiwan Malaysia ini di tawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk memudahkan Tuan Punya haiwan mengenal pasti identiti haiwan mereka jika berlaku perebutan atau isu-isu berbangkit. Kad Pengenalan Haiwan ini bertindak seperti passport yang akan menjadi dokumen khas haiwan peliharaan.
Bagaimana Proses Untuk Dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia?
Anda boleh bawa haiwan peliharaan anda ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan melakukan proses pendaftaran ini. Ia bermula dengan pengesahan jenis baka haiwan, rekod kesihatan, nama dan tuan punya, gambar dan juga prosea penanaman CIP Khas pada haiwan tersebut sebagai identiti unik mereka sepadan dengan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia.
Kos ini biasanya hanya dikenakan sekitar RM25 sahaja dan ia akan menjadi identiti haiwan kesayangan anda selamanya.
Bagi yang ingin berbuat demikian dan dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia, boleh hubungi atau kunjungi terus Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Malaysia yang berhampiran.