Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Barangan Penjagaan Tambahan Untuk Kucing Anda

$
0
0
Untuk peminat kucing, semestinya mereka akan cuba menjaga kucing kesayangan mereka sebaik mungkin. Sebab itu ramai peminat kucing menyediakan beberapa alatan barangan penjagaan kucing tambahan untuk kucing mereka. Antara barangan yang selalu mereka guna ialah pemotong kuku kucing, berus bulu kucing, spray untuk nyah bau busuk 'poo' kucing, mainan kucing, tempat khas 'poo' kucing dan banyak lagi.

Sementara ni, MrJocko cuma sempat beli beberapa alatan untuk penjagaan kucing. Antaranya, pemotong kuku kucing. Ada dua jenis pemotong kuku ini. Satu bentuk seperti gunting dan satu lagi pemotong khas yang berbeza dari biasa. Yang berbentuk gunting MrJocko beli dengan harga RM10 di The Pet Safari dan yang berbentuk khas cuma RM5 di Pasaraya Tesco.





Untuk berus bulu kucing, ada dijual semasa pameran Kucing di MATRADE Fair dan SACC Mall beberapa bulan lepas dengan harga RM5. Tetapi MrJocko beli berus kucing tersebut di The Pet Safari dengan harga RM10. Jadi kalau anda nak beli, beli semasa pameran kucing kerana ia lebih murah.

Untuk spray nyah bau poo kucing, MrJocko beli di Daiso Japan Midvalley dengan harga cuma RM5 sahaja. Bau lemon. Ada jenis spray yang lebih baik bernilai sekitar RM15++ atau pun anda mungkin boleh cuba Spray Ambi Pur.

Kalau anda menjaga kucing anda dengan baik, dari segi permakanan dan penjagaan tubuh badan, InsyaAllah kucing anda akan sihat dan gebu seperti kucing ini. Harap-harap Oreo yang juga punyai baka Parsi Long Hair akan jadi secantik ini selepas beberapa bulan.


kucing parsi putih


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468