Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Antabax Dan Giant Kumpul Dana RM53,000 Bantu WAO

$
0
0
Antabax, produk yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam penjagaan diri selama 24 jam dengan kerjasama Pasaraya Giant telah berjaya mengumpul sejumlah RM53,057.26 untuk Dana kepada Women's Aid Organization (WAO) menerusi kempen 'Give Hope, Receive Good Health' yang bermula pada 1 Oktober 2013 sehingga 30 November 2013. 

Sepanjang kempen ini, 10% dari jualan produk Antabax, produk penjagaan diri anti bakteria, akan disalurkan kepada WAO untuk menyokong rumah perlindungan dan pusat jagaan kanak-kanak. Sebanyak 128 outlet Giant mengambil bahagian seluruh Malaysia. Ini merupakan tahun ketiga Antabax berkerjasama dengan Pasaraya Giant. 

Sebelum ini pada tahun 2011 mereka berjaya menyumbangkan RM21,955 kepada Rumah Ilham dan Kumah KIDS dan tahun 2012 menyumbangkan RM20,953 kepada Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA). Majlis penyerahan cek yang bernilai RM53,057 ini berlangsung di ibu pejabat Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd Glenmarie Shah Alam. 

Penyerahan cek dibuat oleh Mr Francis Ng, General Manager dan Mr Robin Loh, Sales Director Lam Soon kepada Ms Ivy Josiah, Director Women's Aid Organization. Ia juga turut di sertai oleh Ms Norine Erica, General Manager of Marketing dari GCH Retail (M) Sdn Bhd. Sejurus selepas itu, Ms Ivy Josiah berkongsi kepada media dan rakan bloggers tentang tajuk 'No Use To Abuse', bercerita tentang hak-hak seorang wanita yang dianiaya dan juga fakta-fakta tentang keganasan rumah tangga. 







Setiap tahun, Antabax berusaha mencari Dana untuk membantu rumah-rumah kebajikan berkaitan sebagai sumbangan sosial dan kemasyarakatan. Dengan kerjasama sari pihak Giant, usaha ini akan diteruskan bagi membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Untuk maklumat lanjut tentang produk Antabax dan juga aktiviti sepanjang tahun, anda boleh layari Facebook Fanpage Antabax di http://www.facebook.com/NewAntabax

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468