Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Restoran Subak Sungai Penchala Ada Menu Sedap

$
0
0

Sejujurnya, dah banyak kali MrJocko dengar rakan-rakan di Facebook singgah di Restoran Subak di Sungai Penchala ini. Lebih-lebih lagi dengar lokasi restoran Subak ini meriah bila tiba bulan Ramadhan. Awal Januari, MrJocko sempat singgah makan malam di sini bersama Friends of Negeri Sembilan (FON9). Kami ke Subak untuk menikmati sajian makanan Buffet sempena dengan lawatan FON9.

Kami rombongan media di jamu dengan menu-menu istimewa Restoran Subak seperti Kupang Masak Lemak, Ikan Keli Masak Sambal, Ayam Masak Halia, Telur Goreng Sambal, Sayur Kailan, Ulaman, Meehun Sup Ayam dan juga buah-buahan. Ternyata, menu di Restoran Subak memang menyelerakan.

 

 

Antara yang menjadi pilihan MrJocko ialah Kupang Masak Lemak, Ikan Keli Masak Sambal dan juga Meehun Sup Ayam yang sedap. Ulaman yang disediakan juga membuatkan MrJocko terasa seperti makan di kampung, ditambah dengan persekitaran restoran Subak yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan rekaan dekorasi ala kampung yang menghijau.

Untuk memudahkan anda mencari lokasi Restoran Subak ini, guna Google Maps. Ia berada di tepi jalan besar sekitar Sungai Penchala. Ada banyak ruang parkir dan ia sesuai untuk lokasi makan bersama keluarga. Nyaman sekali kerana ia berada di tengah bukit bukau Kampung Sungai Penchala.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468