Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Susun Jigsaw Puzzle Yang Sangat Susah

$
0
0

Minggu lepas masa singgah kat Midvalley, si Kakak, Khalisha minta belikan Jigsaw Puzzle. Katanya nak main. Jadi MrJocko belikan lah satu set Jigsaw Puzzle yang saiz sederhana yang mempunyai 300 pcs. Saiz jigsaw puzzle ni pulak jenis saiz kecil dan rupanya antara jenis puzzle yang susah.

Jenis yang MrJocko belikan ini tak punya 'board' bawah sebagai panduan. Nak tak nak kami kena susun sendiri menggunakan skill yang ada. Sangat susah kerana tak tahu nak mula dari mana. Jadi untuk memudahkan cara susunan, MrJocko asingkan mengikut puzzle yang berada di tepi dan juga susun mengikut warna yang seakan sama. Ini baru first step.

Kemudian selepas ini baru kami nak susun puzzle yang berada dikedudukan tepi untuk dijadikan tapak dan asas. Tak tahu bila pulak nak start susun puzzle yang selebihnya kerana masa nak asingkan benda ni pun dah makan masa sejam.

Mungkin lepas ni nak kena tunggu hujung minggu depan. Nak kena buat satu family supaya senang dan cepat. Kalau buat sorang mesti tak siap. Atau, kalau siap pun, mahu makan masa 4-5 hari.

Ada yang terer pasang jigsaw puzzle kat sini? Korang boleh kongsi tips cara nak pasang jigsaw puzzle dengan mudah???

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468