"Harga Petrol RON95 naik lagi 20 sen bermula 10 Januari 2014. Dulu RM2.10 seliter, sekarang akan naik kepada RM2.30 seliter"
Tak tau nak cakap apa bila melihat berita ini. Baru semalam harga petrol RON97 naik 5 sen, hari ini ada berita dan khabar angin mengatakan harga RON95 akan naik lagi 20 sen pada tengah malam ini, 10 Januari 2014. Adakah ini berita benar atau permainan mereka yang sengaja nak tarik tumpuan?
Setakat jam 8.30 malam 9 Januari 2014, masih belum ada berita tentang kenaikkan Petrol RON95 ini. Masih samar-samar.
Kenapa tiba-tiba semua barang naik? Kalau betul harga minyak petrol RON95 naik lagi 20 sen, sudah pasti kadar inflasi tahun 2014 akan catat rekod yang tinggi.
Anda ada dengar pasal kenaikkan RON95 pada malam ni 10 Januari 2014?