Alhamdulillah, berjaya dapatkan satu unit set baru Sony NEX-3NL yang berharga dalam RM1288. Kenapa MrJocko pilih model Sony NEX-3N ini kerana nak cuba pakai kamera Sony pulak.
Awal MrJocko kenal kamera ialah pada tahun 2001 dengan menggunakan Sony DSC77. Masa tu cuma 2.0mp sahaja. Tetapi kualiti gambar memang terbaik. Selepas itu MrJocko guna Kodak Z700, Canon 350D, Canon 400D, Nikon D70s, Nikon D80, Canon 30D, Canon 40D, dan kembali menggunakan Nikon D80.
Pengalaman menggunakan banyak kamera ni membuatkan MrJocko rasa malas dah nak usung set DSLR ke event. Berat dan banyak pulak yang nak kena bawa.
Memandangkan untuk event, cukup sekadar gambar yang jelas, terang dan tak perlu gambar bertaraf pro, kini MrJocko guna kamera semi-pro compact untuk merakamkan gambar event.
Hasil dan contoh gambar yang di ambil menggunakan kamera Sony NEX-3N ini memang antara terbaik dan 'sharp'. Anda boleh lihat sample di Internet.
Lepas pakai Sony NEX-3N ini harap-harap kualiti gambar event MrJocko semakin baik untuk kepuasan sendiri, pembaca dan juga penaja.