Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Menaiki China Airlines KLIA - Taipei

$
0
0
 
Kalau sebelum ni MrJocko pernah menaiki pesawat MAS, AirAsia dan Japan Airlines. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi semua flight memang ada X Factor kelebihan trademark tersendiri. Dan untuk kali pertama ketika ke Taipei, MrJocko berpeluang menaiki penerbangan China Airlines.
 
 
Untuk penerbangan sejauh KLIA ke Taipei, kami menaiki pesawat 747 dan ia mempunyai lebih kurang 600 tempat duduk. Mempunyai 3 barisan tempat duduk dan MrJocko berada di Zone 1, berada di bahagian ekor pesawat.
 
 
Memandangkan kami sudah menempah makanan halal, maka tak jadi masalah kerana kami dihidangkan dengan set roti jala, kek, buahan dan juga sayuran. Kami dihidangkan dengan Air Suam dan Jus Oren. Rasa memang ada original Melayu. Mungkin disediakan di Malaysia.
 
 

Memandangkan ini penerbangan selama 4 jam lebih, maka setiap penumpang diberikan satu set LCD lengkap bersama remote control. Dalam pakej hiburan ini ada pilihan filem terkini, muzik, rencana dan juga permainan dan ia adalah PERCUMA kepada setiap penumpang. MrJocko sempat layan filem Die Hard 5 dan rasa selesa ketika menontonnya.

Pramugari China Airlines juga memang friendly dan banyak membantu. Walaupun sebelum ini MrJocko pernah dengan kejadian buruk berkaitan China Airlines, tetapi pengalaman pertama menaiki China Airlines masih memberikan rasa puas.

Kalau ada peluang, boleh jer naik China Airlines.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468