Hari minggu lepas MrJocko ada jumpa klien dan rakan business di Wangsa Maju. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan untuk kali ni MrJocko berjaya menambah seorang lagi klien baru dan seorang rakan business. Semoga kejayaan akan menjadi destinasi kami selepas ini.
Pertama kali kami singgah makan di Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet Taman Melati. Restoran ini menyediakan masakan nasi campur dan juga Steamboat Buffet kepada pelanggan mereka. Kami cuba pakej Steamboat Buffet kat sini, harga cuma RM26.90 bagi setiap seorang dan disajikan dengan pelbagai pilihan yang menarik.
Untuk pilihan sajian di Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet Taman Melati ni, ada banyak lauk pauk yang boleh dipilih. Ada udang, sotong, ketam, ayam, daging, kambing, kerang, sayuran, fish ball, meatball, aiskrim, buahan dan juga nasi goreng.
Boleh dikatakan, sangat berbaloi kalau anda singgah makan Buffet Steamboat kat sini. Sangat-sangat berbaloi. MrJocko dan family dapat makan dengan aman, rileks, sedap dan sangat kenyang.
Untuk buffet steamboat di sekitar Taman Melati, MrJocko sangat syorkan anda singgah ke Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet.