Anda pernah deal dengan orang yang Psycho??? MrJocko ada cerita sikit pasal orang Psycho ni.
Nak kongsi sikit kisah benar MrJocko pada hari Sabtu lepas. Oleh kerana MrJocko masih ada beberapa Gadget yang sudah lama dan tidak digunakan, jadi MrJocko decide nak jual murah-murah untuk clear bilik store. Antara yang nak dijual pada masa tu termasuk iPod Touch 4 Gen, Blackberry Torch 9810 dan Ex Mobile Note. Semua barang MrJocko iklankan di Mudah dan Iklan Page di Facebook.
Nak di jadikan cerita, hari Sabtu petang, ada la seorang lelaki, hamba Allah ni sms daan tanya Ex Mobile ada lagi tak? Jadi MrJocko ckp ada lagi. Harga jual RM330. Tapi selepas berpuluh sms pertanyaan dan negotiation darinya, MrJocko bagi hanya RM250, dengan syarat, datang ambil di sekitar Komuter BNM. Dan mulanya dia setuju.
Pagi esoknya, dalam sekitar jam 10.00 pagi, Mamat tu sms kata tak dapat datang, katanya hujan lebat. MrJocko pun reply kata OK, tak kisah, tapi MrJocko tak janji boleh simpan kalau nak kena ikut konsep Siapa Cepat Dia Dapat. Dia merayu katanya dia nak juga. Memandangkan rasa juga kesian, selepas sms berpuluh kali dan call, MrJocko kata OK. Jumpa pada 1 petang, hari Selasa 20 Ogos 2013 di Sogo.
Belum sampai jam 3.00 pm, hari Isnin, dia sms, tanya keadaan Ex Mobile tu camana? Tak boleh diskaun lagi tak? Apa lagi pakej yang ada dan boleh bagi Memory Card sekali tak? Erk!!! Semalam kan (Sabtu) dia dah tanya. Dia lupa atau saja nak test??? So MrJocko layan sahaja.
Waktu Asar, sekali lagi dia buat kacau. Dia sms, tanya soalan yang hampir sama, pastu call sampai ada 20 missed call... WTH ??? Apsal dengan budak ni. Lain macam perangai nya? MrJocko tak reply dan tak call back.
Malam, dia buat hal lagi call dan sms tanya apasal tak jawab call dia??? Amboi... Ini dah lebih ni...
Akhirnya MrJocko dah tak boleh sabar. Rimas dengan perangai buyer yang macam ni dan rasa macam dia ni Psycho sikit (rasa jer pasal dia kata dia kenal MrJocko dan pernah beli barang dulu) Erkkk!!!
Pagi tadi (Selasa) sekitar jam 8.15 am dia call lagi. Masa tu MrJocko tengah drive on the way nak ke pejabat di Bangsar. Memang la tak angkat pasal tengah drive. Dia tanya lagi soalan yang hampir sama. Menyirap darah rasanya.
Jadi, untuk tenangkan diri, MrJocko decided untuk reply SMS dia dan bagitahu dia, tak nak jual Ex Mobile tu kepada dia dan rasa rimas dengan perangai dia. Enough. Malas nak layan dan malas nak gaduh atau pening-pening... Alhamdulillah, tak sampai sejam dah ada buyer baru. Sekali dia call, datang ambik bayar RM250, MrJocko bagi barang. Senang.
Buat bro yang nak beli Ex Mobile Note dari MrJocko tu, mintak maaf banyak-banyak pasal bukan nak susahkan demo, tetapi cuba la belajar cara beli barang dengan beretika. Saya bukan tak nak layan, tapi saya rasa rimas la. Tak sampai 30 minit call, pastu sms eiiiii...
Sorry bro. No hard feeling, its just a business. Salam Aidilfitri yer...